Sejarah Kampung Sempeneh

Nama Kampung Sempeneh di ambil sempena dengan nama sejenis pokok hutan yang dikenali sebagai "SEMPENEH" Pokok Sempeneh ini dahulunya muda didapati dan kebanyakkan penduduk diketika itu menguna teras atau batang pokok ini bagi membuat pagar, hulu parang, hulu kapak dan sebagainya kerana teras pokok ini cukup keras dan tidak alah dengan anai- anai malah mudah di belah dengan mengunakkan baji.
Menurut sumber- sumber, sejarah pembukaan sempeneh bermula dari Kampung Toh Paduka kerana ketika itu dikisahkan bahawa Nong Wangsa Toh Nara Paduka dari keturunan Tok Kasah dan keturunan Nyak Persaing Menteri yang merupakan antara kerabat kerajaan Melayu Perak yang mengembara dari Melaka telah singgah di kawasan yang kini dikenali sebagai Kampung Toh Paduka.
Toh Nara paduka telah membuka kampung tersebut dan menetap disitu dan berkahwin. Hasilnya, Toh Nara Paduka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Namun 2 daripadanya telah hilang kerana bertapa di Gunung Pondok dan Gunung Tapah. Salah seorang anak nya iaitu Tok Bol alah atau dikenali dengan nama Tok Bolah oleh penduduk tempatan telah memasuki rimba dan membuka kampung. Tok Bolah diketika itu telah membuat tempat berteduhnya dengan kayu dari pokok sempeneh dan tempat perteduhannya sekarang dikenali sebagai Kampung Sempeneh. Kampung Sempeneh juga terbahagi kepada 2 iaitu Kampung Sempeneh Cempaka iaitu dimana terletaknya tempat perteduhan Tok Bolah dan satu lagi Kampung Sempeneh Seberang. Di ceritakan juga nama Sempeneh Cempaka diambil kerana terdapat banyak pokok bunga cempaka dan keharumannya ketika itu boleh di bau segenap kampung.

Thursday, February 18, 2010

Pertandingan Bola Sepak Muhibah 9 Sebelah

Pertandingan Bola Sepak Muhibah 9 sepasukan telah di adakan pada 15 Feb 2010. Pertandingan ini adalah kerjasama antara semua pemuda-pemuda Sempeneh. Tujuan adalah untk mengeratkan hubungan serta berkerjasama dalam menjayakan program ini. Pujian juga harus diberikan kepada semua pemuda-pemuda kerana berjaya melaksanakannya dan bermain dengan penuh bersemangat tanpa berlaku sesuatu yang tidak di ingini.

Bantuan Rumah


Setelah lama menunggu akhir nya sdr. Yusof telah mendapat bantuan baiki rumah hasil dari usaha murni Ketua Cawangan En Muhammad Nor bin Hj. Mat Daud. Sumbangan baiki rumah ini adalah dari bantuan Ahli Parlimen Larut YB Dato Hamzah Bin Zainuddin.


Lata Sempeneh telah di serbu oleh ratusan orang akibat cuaca yang agak panas akhir-akhir ini. Ini dapat di lihat apabila puluhan kereta hingga mengakibatkan kesesakan laluan. Atas masalah itu ramai pengunjung telah merungut ditambah pula dengan laluan yang sempit. Cadangan penulis agar di ujudkan satu ruang tempat letak kereta berbayar yang mana selain dapat melancarkan perjalanan ia juga dapat menjana ekonomi buat penduduk tempatan.Pengunjung akan sanggup membayarnya asalkan kita mengurusnya dengan cantik dan teratur.Begitu juga dengan sampah sarap, ia mungkin dapat di atasi andakata di ujud jawatankuasa bagi memantau keadaan sekeliling sungai.






















lawatan mengejut YB Dato' Kapten(B) Hj Mohd Najmuddin Bin Hj Elias Al- Hafiz ke Kampung Sempeneh Cempaka untuk menziarah warga emas yang sakit sambil diiringi oleh Ketua Kampung Sempeneh En. Ghazali B. Mat Dahari dan Ketua Pemuda Cawangan. Sempena Lawatan itu YB Dato' telah menyumbang sedikit sumbangan ikhlas kepada pesakit- pesakit.