Sejarah Kampung Sempeneh

Nama Kampung Sempeneh di ambil sempena dengan nama sejenis pokok hutan yang dikenali sebagai "SEMPENEH" Pokok Sempeneh ini dahulunya muda didapati dan kebanyakkan penduduk diketika itu menguna teras atau batang pokok ini bagi membuat pagar, hulu parang, hulu kapak dan sebagainya kerana teras pokok ini cukup keras dan tidak alah dengan anai- anai malah mudah di belah dengan mengunakkan baji.
Menurut sumber- sumber, sejarah pembukaan sempeneh bermula dari Kampung Toh Paduka kerana ketika itu dikisahkan bahawa Nong Wangsa Toh Nara Paduka dari keturunan Tok Kasah dan keturunan Nyak Persaing Menteri yang merupakan antara kerabat kerajaan Melayu Perak yang mengembara dari Melaka telah singgah di kawasan yang kini dikenali sebagai Kampung Toh Paduka.
Toh Nara paduka telah membuka kampung tersebut dan menetap disitu dan berkahwin. Hasilnya, Toh Nara Paduka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Namun 2 daripadanya telah hilang kerana bertapa di Gunung Pondok dan Gunung Tapah. Salah seorang anak nya iaitu Tok Bol alah atau dikenali dengan nama Tok Bolah oleh penduduk tempatan telah memasuki rimba dan membuka kampung. Tok Bolah diketika itu telah membuat tempat berteduhnya dengan kayu dari pokok sempeneh dan tempat perteduhannya sekarang dikenali sebagai Kampung Sempeneh. Kampung Sempeneh juga terbahagi kepada 2 iaitu Kampung Sempeneh Cempaka iaitu dimana terletaknya tempat perteduhan Tok Bolah dan satu lagi Kampung Sempeneh Seberang. Di ceritakan juga nama Sempeneh Cempaka diambil kerana terdapat banyak pokok bunga cempaka dan keharumannya ketika itu boleh di bau segenap kampung.

Wednesday, November 9, 2011

SEMPENEH CEMPAKA

POKOK SEMPENEH

BUNGA CEMPAKA

LATA SEMPENEH

Thursday, February 18, 2010

Pertandingan Bola Sepak Muhibah 9 Sebelah

Pertandingan Bola Sepak Muhibah 9 sepasukan telah di adakan pada 15 Feb 2010. Pertandingan ini adalah kerjasama antara semua pemuda-pemuda Sempeneh. Tujuan adalah untk mengeratkan hubungan serta berkerjasama dalam menjayakan program ini. Pujian juga harus diberikan kepada semua pemuda-pemuda kerana berjaya melaksanakannya dan bermain dengan penuh bersemangat tanpa berlaku sesuatu yang tidak di ingini.